Arifin
Sesi foto semasa majlis penyerahan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Dua buah van disumbang oleh Tabung Haji (TH) menerusi Program Mobiliti TH Tahun 2023 Peringkat Negeri Sabah.

Majlis penyerahan van serbaguna dan van jenazah masing-masing kepada Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Babussalam Kudat dan Masjid Ar Rahim Kampung Jawa Melalap Tenom disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif di sini, pada Jumaat.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Wilayah Tabung Haji Sabah Sarawak Datuk Nurlaila Said, Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) Datuk Jamawi Jaafar, Ketua Hakim Syarie Sabah Ahadin Arinen dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Baitulmal Sabah Ismail Mohd Adnan.

Dalam ucapannya, Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Exco Hal Ehwal Agama Islam menyeru agensi-agensi agama serta badan-badan korporat Malaysia Madani yang lain untuk terus melaksanakan inisiatif-inisiatif murni seumpama serta program CSR lain dapat membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara.

Sejumlah 136 unit kenderaan van telah disumbangkan oleh Tabung Haji melalui program mobiliti yang dimulakan sejak tahun 2016 dan memberi manfaat kepada lebih 300,000 ahli kariah. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *