Juhar
Yamashita (kiri) mendengar amanat dari Tun Juhar ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Konsulat Jepun Untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu, Yamashita Yoshito mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, semalam.

Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan pelantikannya bagi menggantikan Kako Shiho mulai 18 Oktober lalu.

“Kita akan meneruskan hubungan baik dan kerjasama dengan kerajaan Sabah bagi memastikan hubungan dua hala antara Jepun dan Sabah dapat memberikan manfaat kepada kedua-duanya,” katanya.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Naib Canselor Universiti Malaysia Profesor Datuk Dr. Kasim Mansur bersama pegawai-pegawai kanan universiti berkenaan.

Pada kunjungan itu, Kasim memaklumkan kepada Tun Juhar selaku Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenai Majlis Konvokesyen UMS Yang Ke 25 yang akan diadakan pada 11 hingga 14 Disember ini. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *