Kereta
Tiga mangsa sedang duduk di sebelah kenderaan dinaiki mereka yang terjunam ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

KOTA KINABALU, SABAH – Tiga sekawan pemain golf cedera ringan selepas Mitsubishi Pajero Sport dinaiki mereka terjunam dari jambatan berhampiran Yayasan Sabah ke trek joging Teluk Likas pada Selasa.

Difahamkan pemandu, berusia 72 tahun, sedang menghantar dua rakannya dari Labuan, berusia 50an pulang ke hotel mereka di pusat bandar dalam kejadian 3.15 petang itu.

Mereka sedang kembali dari bermain golf di Pantai Dalit, Tuaran apabila si pemandu hilang kawalan dan merempuh penghadang pada sebelah kiri jalan.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan serius selepas jatuh kira-kira 10 meter.

Orang awam membantu mereka keluar dari kenderaan terlibat manakala ambulans tidak lama kemudian menghantar mereka ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Polis trafik turut berada di tempat kejadian untuk mengalihkan kesesakan lalu lintas.

Kereta
Tiga mangsa sedang duduk di sebelah kenderaan dinaiki mereka yang terjunam ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *