Bas
Keadaan bas UMS – Kota Kinabalu yang terbabas di tepi jalan akibat termasuk parit ketika banjir ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TUARAN, SABAH – Sebuah bas awam bagi laluan UMS – Kota Kinabalu terbabas di tepi jalan berhampiran Stesen Minyak Petronas di Jalan Bakut di sini pada Selasa.

Dalam kejadian hujan lebat 3.30 petang itu, separuh bahagian kiri bas muatan 32 penumpang terbabit terbabas masuk ke dalam parit ketika kawasan tersebut banjir.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, hanya terdapat seorang mangsa iaitu pemandu bas berkenaan yang berusia 80 tahun.

“Mangsa lelaki yang terlibat dilaporkan dalam keadaan selamat.

“Tindakan pasukan bomba membuat pemeriksaan di sekitar bas dan seterusnya memantau kawasan banjir dan mendapati keadaan masih terkawal,” kata seorang jurucakap agensi.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.30 petang.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *