Polis
Adengan kejar mengejar tamat dengan suspek merempuh bahagian sisi sebuah kenderaan polis ( Sumber Foto: Cyberjaya Info )

PETALING JAYA, SELANGOR – Sebanyak 28 unit peronda polis mengejar dua lelaki dalam sebuah Perodua Bezza yang melarikan diri daripada ditahan semalam.

Aksi kejar mengejar itu dilaporkan bermula dari Petaling Jaya sehingga ke Cyberjaya berjarak sekurang-kurangnya 45 km.

Sebelum kejadian, Perodua Bezza dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

“Bagaimana, suspek memecut kenderaan itu sebelum polis mengejar mereka.

“Ketika proses menahan suspek, dua lelaki berjaya melompat keluar dan melarikan diri, sementara lelaki dan wanita itu berjaya ditahan.

“Pemeriksaan lanjut menemui peralatan pecah rumah di dalam kereta itu,” memetik sumber Harian Metro.

Menurutnya, sebanyak 18 kenderaan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya dan 10 dari lain-lain daerah jiran terlibat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek dan berkata untuk mengeluarkan kenyataan media berkaitan kes.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *