Joachim
Joachim (kanan) menerima cendera kenangan daripada Roslan ( Sumber Foto: Ihsan KKTP )

KOTA BELUD, SABAH – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim menyarankan agar semua ketua adat terus bekerja tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Teruskan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Bekerjalah tanpa mengira perbezaan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan amanat kepada yang dihadiri oleh Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), ketua kampung dan para penduduk dalam Majlis Santai dan Ramah Mesra yang diadakan di Sosodoton on View Piasau, Kampung Piasau, di sini, semalam.

Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu turut menzahirkan penghargaaan kepada semua ketua adat yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka termasuk yang akan berakhir pada tahun hadapan.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua ketua adat yang telah berkhidmat dalam tempoh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus memerintah,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri amat menghargai sumbangan ketua-ketua adat dan ini dibuktikan dengan kenaikan elaun ketua-ketua bermula Ogos tahun ini.

Beliau juga berkata, kerajaan GRS Plus mempunyai rekod pencapaian yang terbaik berbanding kerajaan sebelum ini.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *