Cobra
Sekitar kejohanan COBRA 10s sebelum ini ( Sumber Foto: Ihsan Kelab COBRA 10s)

KUALA LUMPUR – Kejohanan ragbi bertaraf antarabangsa, COBRA 10s ke-50 akan berlangsung di Malaysia pada 11 sehingga 12 November akan datang ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan penganjur, sebanyak enam negara akan mengambil bahagian untuk kejohanan lelaki iaitu Australia, Fiji, New Zealand, Papua New Guinea, Afrika Selatan dan juga Malaysia.

“Lima pasukan termasuk dua dari Singapura pula akan menyertai kejohanan wanita,” jelas dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadualkan bakal merasmikan kejohanan terbabit.

Disamping itu, kejohanan ini juga telah mendapat sokongan tetap dari Majlis Olimpik Malaysia, Kesatuan Ragbi Malaysia dan Kesatuan Ragbi Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *