David Chan
Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan ( Sumber Foto: Ihsan Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata kerajaan sepatutnya mengurangkan subsidi secara berperingkat untuk memastikan pengguna atau orang ramai tidak mengalami kesan yang mendadak.

Beliau berkata ayam dan telur adalah makanan menjadi pilihan pengguna kerana ia merupakan sumber protein tinggi yang masih murah berbanding makanan lain seperti daging lembu dan kambing, serta sayur-sayuran menggunakan sistem terapung

“Namun ayam dan telur penting kepada golongan B40 kerana mereka tidak mampu untuk membeli makanan mahal… sekurang-kurangnya mereka boleh mendapatkan subsidi makanan berprotein tinggi seperti ayam dan telur sebagai makanan berkhasiat harian mereka,“ katanya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media mengenai subsidi ayam dihentikan berkuatkuasa 1 November ini.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *