Bomba
Pasukan bomba mengeluarkan mayat dari air ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SEMPORNA, SABAH – Mayat seorang pengemudi bot pam yang berlanggar dengan sebuah bot pelancong di perairan Kg Labuan Haji di sini pada 9.30 malam Ahad ditemukan pagi tadi.

Mangsa Nurman Nur, 35, ditemui pada jam 8.11 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada pihak Polis dan Maritim Malaysia yang diketuai pasukan Bomba.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa dikhuatiri hilang selepas insiden.

“Pencarian dijalankan pada jam 7.39 pagi di Kawasan perairan Kampung Labuan Haji dijalankan bersama agensi terlibat.

“Mangsa telah dijumpai oleh orang awam yang seterusnya memaklumkan kepada pasukan SAR.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Polis Marin untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi sambil menambah operasi tamat pada jam 8.19 pagi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *