Ewon
Ewon menyampaikan sumbangan kebajikan dan meninjau keperluan masyarakat kampung di sekitar Kota Belud ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

KOTA BELUD, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick turun padang melawat tiga kampung – Kampung Bundu Paka, Kampung Lingkubang dan Kampung Kebayau untuk menyampaikan sumbangan kebajikan dan meninjau keperluan masyarakat kampung berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan sumbangan katil boleh laras, kerusi roda dan bantuan bakul makanan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Kelab Kebajikan Kadamaian.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan pesakit dan keluarga pesakit berkenaan,” katanya.

Ewon turut meninjau keperluan tiga buah gereja di Kampung Bundu Paka, Libgkubang dan Kebayau seterusnya menyampaikan sumbangan untuk tabung pembangunan Gereja Bundu Paka dan Kampung Lingkubang.

Terdahulu itu Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud mengadakan perjumpaan khas dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Antara yang dibincangkan ialah perlantikan Ketua-Ketua Kampung Kadamaian, isu politik semasa dan program pembangunan keusahawanan dan koperasi serta penganjuran Konvensyen dan Rumah Terbuka Krismas ADUN Kadamaian.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *