Juhar
Tun Juhar (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama chef dan kakitangan SICC ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kek berinspirasikan kumpulan penyanyi barat terkenal, Bee Gees mencuri tumpuan.

Mengambil inspirasi kumpulan penyanyi yang diminati oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, kek tersebut merupakan antara 17 kek yang dipersembahkan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Sumber idea Ketua Chef Pastri dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Chef Jackson Watis bersama-sama dengan dua orang pembantunya, Chef Lopez Singkit dan Chef Marshel David ini mengambil konsep di studio rakaman berlatarbelakangkan lagu “To Love Somebody” yang dirakamkan pada tahun 1967.

Tun Juhar dalam ucapannya menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas penyerahan kek yang diberikan dan sempat berseloroh melihat kek yang dipersembahkan semua menepati dengan aktiviti seharian beliau.

Tidak ketinggalan untuk mempersembahkan kek ialah pasukan keselamatan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Pangkalan Tentera Laut Diraja.

Hadir bersama bagi menyaksikan sendiri kek yang dipersembahkan ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut terlibat dalam persembahan kek ialah Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Ming Garden Hotel & Residences, Dreamtel Kota Kinabalu,Promenade Hotel,Sutera Harbour Resort,Hyatt Regency Hotel, The Klagan Group of Hotels,Horizon Hotel,Hilton Hotel, The Palace Hotel Kota Kinabalu,Shangri La Tanjung Aru, Le Meridien Kota Kinabalu dan North Borneo University College. — JABATAN PENERANGAN SABAH 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *