Bomba
Pasukan JBPM Sabah dan badan bukan kerajaan Forces Of Love dalam misi kemanusiaan menghantar makanan kepada penduduk Pensiangan yang terputus hubungan darat akibat tanah runtuh ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan bomba telah menghantar sebuah helikopter bagi bantuan menghantar bakul makanan kepada penduduk daerah Pensiangan yang telah terputus hubungan akibat dari tanah runtuh yang berlaku awal bulan ini.

Beberapa jalanraya terputus serta tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat dan agak berbahaya sekiranya menggunakan kenderaan air.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sebanyak lapan buah kampung telah terlibat iaitu Kampung Kabu, Kampung Saliliran, Kampung Siatu, Kampung Simohong, Kampung Karampalon, Kampung Babayasing, Kampung Dobolon dan Kampung Sibangali Pensiangan yang menjejaskan seramai lebih kurang 500 orang penduduk.

“Seramai 33 orang pegawai dan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terlibat dalam misi bantuan ini yang diketuai oleh Penolong Kanan Persuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda, Pengarah JBPM Sabah.

“Misi ini merupakan program kerjasama JBPM dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Nabawan dan pihak NGO Forces of Love, bagi menyelaras bantuan secara teratur untuk penduduk mangsa bencana pedalaman setempat Nabawan,” katanya.

Misi Kemanusiaan ini telah dijalankan sebanyak dua kali, yang mana pada misi pertama pada 12 September lalu, sebanyak 2.3 tan bantuan makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas dengan menggunakan pengangkutan air dengan kerjasama antara pihak JBPM dan pihak NGO (Forces of Love).

Untuk misi kedua kali ini pada Rabu (27 September), sebanyak 10.45 tan bantuan makanan, lapan tan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 2.45 tan dari pihak NGO, sedang diagihkan oleh dua unit helicopter iaitu jenis Mi-171 milik JBPM dan AW 139 milik Polis Diraja Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *