Maulidur rasul
Para kontinjen bersiap sedia di Padang Merdeka ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 12,000 umat Islam berarak sejauh 2.4km sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H.

Bermula pada jam 7.30 pagi di Padang Merdeka, perarakan disertai 112 kontinjen yang bertanding dalam pelbagai kategori menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Mengetuai perarakan tersebut ialah
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Turut mengiringi, Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M. Yahya, jemaah kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan sepanduk mengikut kategori Kementerian/Jabatan Kerajaan/ Swasta/ IPT, Kategori Pertubuhan, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Kampung.

Daripada perarakan terbabit juga dipertandingkan untuk kontinjen terbaik bagi setiap kategori dan kontinjen paling ramai, selain Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1445H/2023M. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *