Chan
Setiausaha DAPSY Sabah, Chan Loong Wei ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook rasmi Setiausaha DAPSY Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sabah, menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan tegas diambil dengan pantas sekiranya pengendali ‘homestay’ didapati bersalah menggunakan kamera pengintip dalam sebuah bilik dalam insiden tular baru-baru ini.

Setiausaha DAPSY Sabah, Chan Loong Wei berkata insiden yang melibatkan pasangan warganegara Cina yang baru berkahwin di sebuah homestay di Kota Kinabalu telah mendapat perhatian negara.

“Kami menghargai maklum balas segera daripada pihak berkuasa tempatan dan dedikasi pasukan polis dalam menangani perkara ini dengan penuh kesungguhan.

“Selain itu, mangsa turut berhubung dengan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, bagi memastikan semua sokongan dan bantuan yang diperlukan diberikan.

“DAPSY Sabah kekal komited untuk memantau situasi ini dengan teliti, mengiktiraf potensi kesannya terhadap reputasi Sabah dalam masyarakat antarabangsa. Kami berazam untuk mempertahankan imej dan nilai Sabah,” katanya.

Beliau berkata langkah yang sewajarnya mengikut undang-undang mengikut undang-undang harus diambil sekiranya mana-mana pihak didapati bersalah.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *