Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menerima cenderamata baju “Tatap Kalaga” daripada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah selepas melancarkan Parti Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut dan Perasmian Mesyuarat Tahunan 2023 Bahagian Kuamut di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

TONGOD, SABAH – Hati-hati memilih kawan dalam kerjasama politik bagi mengelakan ‘pisang berubah dua kali’ berulang kembali, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah.

Beliau menegaskan ketika menyampaikan ucapan dasar pelancaran dan mesyuarat agung pertama parti itu yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor di Dataran Rakyat Tongod, baru-baru inj.

Masiung mengingatkan, semua Ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden Gagasan Rakyat supaya berwaspada memilih rakan dalam regu politik, lebih-lebih lagi semasa proses membentuk kerajaan pada musim depan.

“Pengalaman masa lalu telah mendewasakan kita di mana rakan yang menjadi gandingan dalam politik dan kerajaan akhirnya menghianati perjuangan.

“Kawan yang pada awalnya menjadi rakan kongsi bertukar menjadi dalang untuk menikam kita dari belakang hanya kerana mahu mendapatkan kuasa,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut itu juga mahukan Ketua Menteri menyeneraikan jalan raya Tongod ke Sook sejauh 46 kilometer untuk dinaiktaraf menerusi pelan baharu projek labuhraya Pan Borneo.

Masiung berkata, jika cadangan itu dapat direalisasikan jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tongod menerusi Keningau hanya mengambil masa kira-kira tiga jam setengah.

Perjalanan menjadi lebih baik berbanding enam jam jalan lama sedia ada dari Kota Kinabalu menerusi Ranau-Telupid hingga ke Tongod.

Majlis pelancaran dan perasmian masyuarat agung pertama Gagasan Rakyat Kuamut itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila lebih 5,000 penyokong yang memakai baju berwarna merah membanjiri Dataran Rakyat Tongod.

Sebelum merasmikan pelancaran Gagasan Rakyat Kuamut, Ketua Menteri terdahulu melakukan upacara pecah tanah untuk bangunan baharu Mahkamah Anak Anak Negeri daerah Tongod.

Projek bernilai RM5,101,390 itu dimulakan pembinaan pada Jun lalu dan dijangka siap pada Disember 2023.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *