Ipd
Suspek dalam tahanan polis ( Sumber Foto: Ihsan IPD Lahad Datu )

LAHAD DATU, SABAH – Pembunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjaya ditangkap di ladang FGV PM Sahabat 41, sini, 12 jam selepas diburu pihak polis.

Polis Bantuan Felda dengan bantuan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) IPD Lahad Datu berjaya mengesan Paulus Poka Lolo, 33, seorang pekerja am warga asing di Felda Sahabat 30 pada jam tujuh pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, Polis Bantuan Felda berjaya menemui suspek dalam keadaan mencurigakan di dalam kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41.

Katanya, suspek selepas disoal siasat mendedahkan lokas senjata bunuh, sebilah parang yang berukuran 0.5 meter di kawasan semak tepi jalan Ladang FGV PM Sahabat 41.

“Jarak dari lokasi kejadian ke lokasi tangkapan dalam anggaran dua kilometer manakala jarak dari lokasi kejadian ke lokasi senjata parang ditemui dalam anggaran hampir 2.5 kilometer.

“Jarak dari lokasi tangkapan ke lokasi senjata parang ditemui dalam anggaran 500 meter.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Lahad Datu esok bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 7.30 pagi Sabtu, mangsa yang merupakan anak tiri rakan suspek ditetak di halaman rumahnya di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 selepas ditinggalkan oleh Ibu bapanya bersama suspek kerana keluar bekerja di ladang kelapa sawit berkenaan.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *