Arthur
Arthur bersama Andi beramah mesra bersama pengunjung cilik ke Majlis Perasmian Kembara Sains Borneo Siri 2 Tahun 2023 di Dewan Semai Bakti, Felda Gugusan Umas, Kalabakan ( Sumber Foto: Ihsan MOSTI )

KALABAKAN, SABAH – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan Malaysia tidak ketandusan ‘talent pool’ atau modal insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menampung permintaan dalam industri berasaskan teknologi.

Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata peluang pekerjaan dalam bidang STI mampu melonjakkan pendapatan individu terutamanya belia di luar bandar dengan menawarkan pelbagai kerjaya.

“Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang STI mampu melonjakkan pendapatan
individu dengan menawarkan gaji yang lumayan.

“Bagi membolehkan anak-anak muda kita merebut peluang-peluang ekonomi dalam bidang STI, ianya bermula daripada penglibatan aktif para pelajar kita dalam bidang STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kembara Sains Borneo Siri Dua Tahun 2023 di Kalabakan, di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan telah berjaya menarik perhatian syarikat gergasi teknologi luar seperti Infineon Technologies AG, Tesla, AWS dan banyak lagi untuk melabur di Malaysia.

Ini secara tidak langsung membawa peluang pekerjaan dalam bidang STI untuk diisi warga tempatan.

Justeru, bagi memastikan usaha tersebut tercapai, MOSTI melalui Pusat Sains
Negara (PSN) mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Kembara Sains
Borneo (KSB) Siri 2 yang merupakan inisiatif di bawah payung besar Minggu Sains
Negara (MSN).

KSB merupakan program yang julung kalinya diadakan di Sabah dan usaha ini merupakan inisiatif untuk merapatkan jurang pembudayaan sains dalam kalangan beliau sekaligus meningkatkan populariti dalam bidang STI.

Katanya, melalui KSB Siri 2 ini, PSN membawakan pengalaman Pusat
Sains kepada komuniti luar bandar dengan menyediakan aktiviti menyeronokkan serta membawa bahan pameran interaktif khas dibawakan daripada Kuala Lumpur.

“Parlimen Kalabakan merupakan lokasi kedua dalam Kembara Sains Borneo Siri 2
yang mana pada 15 September yang lalu PSN telah menjelajah Parlimen Kimanis
pada 15 September 2023 yang lalu dan berjaya menarik seramai 10,212 pengunjung di sepanjang tiga hari berlangsungnya KSB Siri 2 di Parlimen Kimanis,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua rakan strategik atas sokongan penuh bagi menjayakan program Kembara Sains Borneo Siri 2.

Ketika menyampaikan ucapan aluan, beliau menyatakan hampir 2900 pelajar telah mengikuti empat program sampingan yang dilaksanakan pada 20 hingga 21 September tiga buah sekolah di Parlimen Kalabakan iaitu SK Kukusan, SK Merotai Besar dan SMK Merotai Besar.

KSB Siri 2 berlangsung di tiga lokasi terpilih di Sabah iaitu Kimanis (15-17 September 2023), Kalabakan (22-24 September 2023) dan  Pensiangan (29 September – 1 Oktober 2023) dan penyertaan dan kemasukan adalah percuma kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *