Tetak
Gambar mayat mangsa di lokasi kejadian ( Sumber Foto: Ihsan IPD Lahad Datu )

LAHAD DATU, SABAH – Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia 11 tahun ditemui maut dengan tapak tangan kiri yang putus serta beberapa tetakan dipercayai akibat parang pada kepala dan belakang leher pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata suspek kejadian jam 7.30 pagi di perumahan pekerja FELDA Sahabat 30 ialah rakan bapa tirinya.

“Mangsa ditinggalkan ibu bapanya bersama suspek apabila keluar bekerja di ladang kelapa sawit berkenaan.

“Siasatan di tempat kejadian menemui mayat kanak-kanak lelaki dalam keadaan berlumuran darah.

“Motif kejadian masih belum dikenal pasti. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Rohan berkata suspek Paulus Poka Lolo, 33, seorang warga asing yang bekerja sebagai pekerja am di ladang kelapa sawit berkenaan telah melarikan diri.

“Polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *