Maritim
Mangsa bot karam diselamatkan Bot Peronda Maritim Malaysia ( Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia )

LAHAD DATU, SABAH – Seramai empat orang mangsa bot karam berjaya diselamatkanAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu sekitar pukul 1.00 tengahari semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, sebuah bot pam berwarna biru yang dinaiki oleh mangsa karam berdekatan perairan Kampung Puyut.

“Ketika kejadian, bot terbabit membawa empat penumpang iaitu tiga penumpang wanita bersama seorang kanak-kanak berusia 10 hingga 40 tahun.

“Dipercayai kesemua mangsa tidak memakai jaket keselamatan. Kejadian terbabit berjaya dikesan oleh Bot Peronda Maritim Malaysia yang berada berhampiran kawasan kejadian.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa terus dilaksanakan dan kesemua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Tambahnya, Maritim Malaysia menyeru kesemua rakyat Malaysia untuk mengutamakan pemakaian jaket keselamatan ketika di laut.

“Jaket keselamatan ini perlu disediakan di tempat-tempat yang berpotensi terjadinya bencana atau insiden yang melibatkan aktiviti air. Pastikan bot yang dinaiki mempunyai jaket keselamatan,” tegasnya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *