Bomba
Anggota bomba mengusung mayat mangsa keluar hutan merentasi jalan berbukit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KIULU, SABAH – Seorang lelaki berusia 32 tahun yang keluar rumah tanpa memberitahu keluarga ditemui mati di kawasan hutan Kampung Bambangan Lama pagi Isnin semalam.

Mangsa, Kevin Lokuman dipercayai mengambil nyawa sendiri namun siasatan Polis masih diteruskan.

Ahli keluarga mangsa telah membuat panggilan kecemasan pada Khamis setelah menyedari mangsa tidak berada di rumah pada pukul 5 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat selama lima hari melibatkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Penampang dengan bantuan toga anggota Unit Multi Skill (MUST), 8 anggota Polis Diraja Malaysia, lima ahli Borneo Paddler dan 11 orang awam.

“Mangsa ditemui oleh penduduk setempat pada jam 10.30 pagi, 3 KM dari kawasan kampung,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Katanya, pasukan bomba mengambil masa yang lama bagi mengusung mayat mangsa keluar disebabkan oleh laluan berbukit yang sukar.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis pada jam 6.14 petang,” tambahnya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *