Ums
Ryan memegang Buku Interaktif Digital Augmented Reality (AR) Sempena Hari Kebangsaan 2023 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sembilan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghasilkan Buku Interaktif Digital Augmented Reality (AR) sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Pasukan yang terdiri daripada tujuh pensyarah dan dua pelajar dari Fakulti Komputeran dan Informatik, UMS-Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) itu diketuai oleh pensyarah, Ryan Macdonell Andrias.

Menurut Ryan, pasukannya mengambil masa lebih kurang sebulan untuk membangunkan buku dan web aplikasi tersebut yang mengandungi animasi 2D, 3D dan video berkenaan tema dan logo Hari Kebangsaan 2023 dan Malaysia Madani melalui teknologi AR.

Selain itu, projek dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) itu turut membangunkan buku AR Antanom, Postcard AR Dance dan Virtual Reality (VR) Dance.

Buku dan web aplikasi berkenaan dipamerkan sempena program Pameran Interaktif Digital Budaya AR & VR Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 anjuran LKNS di sini, pada Sabtu. — JABATAN PENERANGAN SABAH 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *