Sacom
Dari kiri ke kanan: Bendahari SACOM Datuk Dahali Matsin, Timbalan Pengerusi SACOM Datuk Saidun Kadis, Setiausaha SACOM Edna Mojimbun, Ketua Adat Putatan Datuk Stephen Sondoh, and Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Dr Benedick Topin ( Sumber Foto: Ihsan SACOM )

KOTA KINABALU, SABAH – Pemimpin masyarakat (Ketua Adat) di Sabah menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berikut pengumuman pelarasan elaun serta pengiktirafan ketua adat menurut Pengerusi SACOM, Datuk Stephen Sondoh.

“Bagi pihak Jawatankuasa Tindakan Makhamah Anak Negeri Sabah (SACOM) dan dari kesemua 3,963 orang ketua adat di Sabah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana keprihatinannya tentang perkara ini adalah tepat pada masanya dan amat dinanti-nantikan,” katanya.

Stephen juga turut berterima kasih kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Joachim Gunsalam, yang membawa dan membentangkan isu tersebut di Kabinet.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, beliau turut menzahirkan penghargaan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri dan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah atas kerjasama yang diberikan dalam penyediaan kertas kerja pelarasan tersebut sehinggalah ia diluluskan.

“Syabas kepada penjawat awam yang secara langsung terlibat dalam usaha ini”, tambah beliau.

Dalam pada itu, Stephen menyeru kepada seluruh ketua adat di Sabah agar memberi fokus kepada intipati pelarasan elaun ini diluluskan dan seterusnya menjadikannya sebagai titik wadah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat khasnya dan kerajaan negeri.

Sacom
Dari kiri ke kanan: Bendahari SACOM Datuk Dahali Matsin, Timbalan Pengerusi SACOM Datuk Saidun Kadis, Setiausaha SACOM Edna Mojimbun, Ketua Adat Putatan Datuk Stephen Sondoh, and Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Dr Benedick Topin ( Sumber Foto: Ihsan SACOM )




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *