Juhar
Yong (kiri) menerangkan sesuatu kepada Tun Juhar (dua dari kiri) – ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Persidangan Ekonomi Cina Sabah anjuran enam gabungan persatuan akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 23 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Yong Teck Lee berkata, persatuan-persatuan tersebut adalah Sabah China Chamber of Commerce, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah (SME Sabah) serta Dewan Perdagangan Malaysia-China Cawangan Sabah.

“Turut terlibat, Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (SATTA), Persatuan Penyelidikan Laluan Sutera Maritim Malaysia (Malaysia Maritime Silk Route Research Society) dan Persatuan Penyelidikan Laluan Sutera Maritim Sabah (Sabah Maritime Silk Route Research & Advancement Society).

“Bertemakan ‘New Mindset (pemikiran baru), program yang dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Nor ini diadakan bertujuan bagi memperkukuh, membincangkan pengurusan dan menggalakkan pembangunan industri bagi meningkatkan ekonomi terutamanya di Sabah.

“Melalui perbincangan di kalangan pakar, sarjana, usahawan dan wakil daripada semua sektor beserta penyelarasan serta kedinamikan dasar kerajaan Sabah, kami berharap dapat mencari penyelesaian konkrit dan mempraktikkannya,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, pada Khamis.

Turut hadir, Presiden SATTA, Datuk Seri Winston Liaw, Presiden SME Sabah, Datuk Foo Ngee kee, Presiden Prof Dr Wilson Yong Yong Tung Tyng. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *