Julita
Julita (tiga dari kiri) melawat pameran gubahan manik bercorak bendera Malaysia dan Sabah ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KUDAT, SABAH – Gubahan manik membentuk Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah menarik perhatian.

Ia dihasilkan oleh 14 orang ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gumantung Matunggong menggunakan 80 pek manik berukuran 6mm mengambil masa 29 hari untuk disiapkan.

Gubahan manik berkenaan dipamerkan sempena menyambut ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 di Pejabat Urusetia Kecil Matunggong, pada Isnin.

Ketibaan konvoi KMJG 2023 itu disambut oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki.

Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong itu turut menandatangani buku lawatan konvoi seterusnya menyempurnakan pelepasan konvoi ke destinasi seterusnya iaitu Kota Marudu. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *