Hajiji
Kadzim(kanan) semasa menyambut ketibaan Hajiji ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16, pada Selasa.

Mesyuarat hari pertama yang bermula pada jam 10.00 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan pemasyhuran oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya.

Mesyuarat dimulakan dengan sesi pertanyaan untuk jawapan lisan dengan lapan soalan sempat dijawab dan kemudian disambung dengan Sesi Perbahasan Rang Undang-undangan Perbekalan Tambahan 2023 yang dibacakan oleh Menteri Kewangan, Datuk Masidi Manjun.

Mesyuarat Kedua Penggal Keempat DUN Sabah Ke-16 pada kali ini akan bersidang selama tiga hari bermula dari 8 sehingga 11 Ogos.

Turut hadir dalam mesyuarat hari pertama itu ialah 40 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli sebagai kumpulan pemerhati.

Hadir sama pada sidang hari ini ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, menteri-menteri dan pembantu-pembantu menteri. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *