SPRM Sabah
menahan seorang pengawai sebuah agensi kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya…

KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40an dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang ketika hadir di pejabat SPRM Cawangan Tawau, Sabah, hari ini.

“Suspek disyaki terlibat menggunakan dokumen palsu pada tahun 2020 untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan di bawah pakej ransangan ekonomi 2020,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau pada 9 Ogos 2023.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *