Zahid
Kolej Vokasional Likas telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Coop-Pitch di Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik 4.0 ( Sumber Foto: Ihsan ( Kolej Vokasional Likas )

KOTA KINABALU, SABAH – Kolej Vokasional Likas telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Coop-Pitch di Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik 4.0 dengan membawa pulang AS $1500 (RM6,800).

Pasukan KV Likas terdiri daripada empat orang pelajar diploma dari Program Teknologi Pembinaan bagi mewakili pertandingan yang diadakan di Hotel Promenande, dari 27 sehingga 30 Julai baru-baru ini.

Mereka telah membentangkan produk inovasi ‘Livoc Eco Paver’ dimana produk tersebut dihasilkan daripada bahan sisa buangan industri automotif iaitu tayar terpakai dan juga bahan sisa buangan dari indsutri sawit.

Produk berkenaan telah memberikan impak sosial yg sangat tinggi khususnya kepada komuniti setempat.

Pasukan KV Likas terdiri daripada, Nur Maisarah Balqis Jinno, Nursari Binti Hamid, Jiroryce Michael Chia dan Muhammad Syafiq Mohd Yusri yang menerima hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri di majlis peringkat antarabangsa diadakan julung kali di Sabah.

Pengarah KV Likas, Mokhtar Ibrahim berkata kejayaan itu satu kebanggaan bagi kolej serta pelajar mendapat pendedahan yang positif.

Pada Mei bulan lalu, pelajar KV Likas yang menyertai ISTEC 2023 di Bali, Indonesia mendapat anugerah AKSA 2023 Anugerah Kecemerlangan Sabah.

Mokhtar berharap kejayaan itu akan menjadi suntikan motivasi kepada semua pelajar bukan sahaja di KV Likas tetapi di semua kolej vokasional.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *