Sabahvfm
Eylia (kanan), Douglas (tengah) dan Dabra (kiri) merakamkan gambar kenangan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PENAMPANG, SABAH – ‘Upus Nu’ nyanyian Eylia Guntabid dinobat sebagai Juara Anugerah Lagu SABAHVfm 2023 menewaskan 11 finalis lain.

Eylie atau nama sebenarnya Eylia Eyre Guntabid yang merupakan Juara StarVoices Asia musim ke-7 (SVA7) membawa pulang hadiah RM7,000, trofi dan sijil.

Lagu ciptaan Douglas Henry Monis itu turut memenangi Juara Lagu Kategori Dusun dan anugerah Penulis Lirik Lagu Terbaik dalam majlis yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang, pada Jumaat.

Sementara itu, Dabra Sia Ying Ying, 32, berjaya merangkul tempat kedua dengan lagu ‘Hiti Noh Masoku’ selain turut memenangi kategori persembahan dan vokal terbaik membawa pulang hadiah RM4,500, piala serta sijil.

Anugerah yang julung kali diadakan itu bertujuan memartabatkan bahasa etnik Sabah menerusi penguasaan lagu-lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau untuk diperdengarkan kepada masyarakat di persada dunia.

Program berkenaan direalisasikan oleh kerajaan negeri melalui Sabah Softwoods Berhad bersama rakan-rakan strategik, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mega Boogie Sound and Light Revolution dan Grande.

RTM melalui siaran tertunda di TV2 akan menyiarkan pertandingan tersebut pada jam 9.00 malam, Ahad ini. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *