Ipd
Antara lokasi yang diserbu ( Sumber Foto: Ihsan IPD Kota Kinabalu )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 11 orang lelaki ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah dalam siri ketiga Ops Sarang Bersepadu yang memfokuskan kawasan Kampung Lembaga Padi dan Kandang Ayam di Inanam pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata tujuan operasi adalah untuk membanteras kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kawasan ‘panas’ tersebut agar mengembalikan suasana yang selamat.

“Ianya bagi memastikan masyarakat setempat berasa selamat dari unsur-unsur jenayah pecah rumah atau lain-lain jenayah yang berada di kawasan mereka,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau berkata taklimat operasi diadakan pada jam 3.00 pagi bagi mengagihkan tugasan mengikut kumpulan serbuan dan bermula pada jam 4.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

“Terdapat lima tangkapan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dua di bawah Seksyen 12(2) dan empat di bawah Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.

“Keadaan cuaca sepanjang operasi sepadu dalam keadaan baik tanpa ada gangguan dan kesemua 33 anggota dan pegawai terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Segala tangkapan dapat dijalankan dengan baik dan terkawal tanpa ada masalah,” tambahnya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *