Sammy
Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Sammy Newton ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Seorang lelaki meninggal dunia di rumahnya selepas terlibat dalam pergaduhan di bawah pengaruh alkohol yang tercetus di sebuah kawasan perumahan di Putatan pada kira-kira 7 pagi Selasa.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Sammy Newton, mangsa berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk tujuan bedah siasat.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menahan lima individu lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden.

“Hasil siasatan awal mendapati, ketika kejadian semua individu tersebut berada di bawah pengaruh alkohol dan telah berlaku perselisihan faham sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah laporan mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sammy berkata kes masih dalam siasatan pihak polis dan menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak memuatnaik sebarang bahan yang tidak sahih di mana-mana platform aplikasi dan media sosial mengenai kejadian ini bagi mengelakkan kegusaran orang awam,” tegasnya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *