Bomba
Anggota bomba sedang memadamkan rumah Kampung Sangkit terbakar ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA BELUD, SABAH – Seorang ibu bersama dua anak lelaki cedera ringan selepas bertindak terjun dari tingkat 2 rumah mereka yang terbakar di Kampung Sangkir sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu mangsa ibu, 46, dan anak-anaknya 14 dan enam tahun diberi rawatan awal oleh pasukan bomba.

Menurut jurucakap agensi penyelamat berkenaan, mereka bertiga seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatan rawatan lanjut.

“Rumah dua tingkat jenis separuh kekal berukuran 40’x50’ terbakar 100 peratus,” katanya.

Katanya, sepasukan tujuh dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud berjaya memadam api menggunakan air dari tangki jentera pada pukul tiga pagi.

Bomba
Anggota bomba sedang memadamkan rumah Kampung Sangkit terbakar ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *