Ewon
Ewon menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Bendahari Lembaga Pengurusan Sekolah SJK (C) Yue Min Penampang Chin Jinq Yi ( Sumber Foto: Ihsan Pejabat Perhubungan Parlimen Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan daripada peruntukan Parlimen sejumlah RM49,680 kepada tiga organisasi masyarakat Cina di kawasan Penampang.

Penerima sumbangan itu ialah Lembaga Pengurusan Sekolah SJK(C) Yue Min Penampang, Persatuan Kebajikan Cina Penampang dan Tokong Kwan Shing Tee Kuan.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata sumbangan itu untuk kegunaan persatuan melaksanakan aktiviti mereka dan membiayai keperluan lain.

“Lembaga Pengurusan Sekolah SJK(C) Yue Min Penampang menerima sumbangan sebanyak RM30,000 untuk kegunaan menaiktaraf dewan sekolah itu.

“Manakala Tokong Kwan Shing Tee Kuan pula menerima sebanyak RM9680 untuk membeli keperluan tokong berkenaan seperti meja, kerusi dan kipas.

“Kita juga memberikan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Cina Penampang sebanyak RM10,000 sebagai sokongan menjayakan program amal Pertandingan Menyanyi 29 Julai ini, di Dewan Hakka,” katanya.

Ewon menyampaikan sumbangan itu semasa kunjungan tiga organisasi berkenaan di Pejabat Perhubungan Parlimen Penampang, di sini, semalam.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *