Salahuddin
Poster ucapan takziah pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial Facebook )

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai satu kehilangan besar.

Menurutnya, beliau amat terkesan dengan kehilangan Allahyarham yang merupakan seorang sahabat yang setia.

“Secara peribadi, ia satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini hingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentu tidak termampu dibalas secara materi.

“Beliau dikenali kerana mempunyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.

“Berehatlah, sahabatku..,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman media sosial Facebook.

Anwar dalam pada itu turut menyatakan harapan agar keluarga Allahyarham diberi kesabaran tinggi atas kehilangan insan tersayang.

“Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku, Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” katanya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *