Sprm
Antara individu yang direman SPRM ( Sumber Foto: Ihsan SPRM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah berjaya, menumpaskan satu sindiket penyamaran sebagai pegawai kanan SPRM dan pegawai kanan Menteri Dalam Negeri yang dipercayai menggunakan modus operandi bagi menyelesaikan kes yang disiasat oleh agensi penguat kuasa.

Sumber berkata, kegiatan sindiket itu dipercayai telah menipu mangsa yang mengakibatkan kerugian sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Menurut sumber, serbuan yang dijalankan di beberapa lokasi oleh pihak SPRM Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah di sekitar Kota Kinabalu, sejak beberapa hari lalu adalah berdasarkan hasil risikan yang telah dibuat sebelum ini.

“Hasil serbuan ini, seramai tujuh individu warganegara Malaysia yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun telah ditahan.

“Proses permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan akan dibuat terhadap mereka di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu, Sabah esok,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga menyeru agar orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sindiket ini agar tampil memberikan kerjasama kepada pihak SPRM dan orang ramai tidak meminjamkan akaun bank kepada orang lain .

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya sekiranya ada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan awam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *