Kuskop
Rozdeen ketika menyampaikan taklimat ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Hari Koperasi Negara 2023 (HKN’23) berlangsung mulai 21 hingga 23 Julai ini.

Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rozdeen Mohd Jaafar berkata, penganjuran HKN2023 adalah bagi mengiktiraf dan menghargai peranan koperasi sebagai penyumbang pembangunan sosio ekonomi negara.

“HKN’23 merupakan salah satu pengisian sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) yang telah dirasmikan pada 10 Julai lepas di Kuantan, Pahang dan buat julung kalinya Sabah dipilih menjadi tuan rumah.

“Selain 200 reruai jualan dan pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, usahawan serta koperasi, aktiviti lain termasuklah Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU), padan niaga, pertandingan e-sport, demonstrasi produk, cabutan bertuah dan banyak lagi.

“Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan HKN’23 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selama tiga hari bermula Jumaat ini,” ujarnya ketika menyampaikan taklimat HKN2023 kepada pengamal media di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Majlis Penutup Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 pula akan diadakan di Kota Kinabalu pada Ahad depan dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama, Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datin Suriani Abdul Rahman dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Peter Tong Ah Pin. — JABATAN PENERANGAN SABAH 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *