Kemalangan
Mangsa dikeluarkan dari kenderaan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser dinaiki tiga termasuk seorang wanita terjunam dalam gaung sedalam 30 meter di Jalan Kampung Kiapat di Kionsom, Inanam, sini, dalam kejadian kira-kira 3 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Oman Mahilin, mankala seorang lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun mengalami cedera ringan.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba, kedua-dua mereka keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan Bomba.

“Seorang mangsa berjaya keluarkan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Mangsa seterusnaya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap.

Operasi membabitkan 13 Pegawai dan anggota BBP Lintas tamat pada jam 4.40 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *