Nadeera
Nadeera Zaini bersama pemenang Big Stage lain ( Sumber Foto: Ihsan Rocketfuel Entertainment )

KUALA LUMPUR – Pertandingan Big Stage musim ke-5 (BS5) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah menyaksikan peserta bernama Nadeera Zaini, 30, dinobatkan sebagai juara.

Dalam memacukan perjalanan seninya yang baharu sahaja bermula, label hiburan
Rocketfuel Entertainment menghadiahkan lagu baharu khas buat Nadeera sebagai penghargaan terhadap kemenangannya

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi dalam kenyataan berkata pihaknya amat berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh Nadeera.

“Sepanjang sepuluh minggu berentap, ramai telah menyaksikan kesungguhan serta kemampuan penyanyi ini yang sememangnya layak bergelar juara.

“Ternyata Big Stage merupakan tempat lahirnya bintang-bintang industri muzik baharu yang berkemampuan untuk mencapai kejayaan pada tahap antarabangsa.

“Oleh itu, pihak Rocketfuel berbesar hati menghadiahkan sebuah lagu ciptaan komposer tersohor dari Korea Selatan, Hyuk Shin yang merupakan pencipta lagu ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian penyanyi antarabangsa terkemuka, Justin Bieber.

“Kami berharap Nadeera mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan lagu yang bakal dirakamkan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, Prem Anand berkata pihaknya menghargai bakat baharu yang lahir dari pertandingan realiti terutamanya terbitan Astro.

“Rocketfuel sememangnya memberikan
sokongan dan galakan 100 peratus untuk penggerak muzik pelapis baharu industri hiburan Malaysia.

“Ini agar mereka dapat pergi jauh lagi dalam kerjaya masing-masing, sekaligus menjadikan program Big Stage sebagai platform untuk mencungkil bakat baharu,” katanya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *