Ums
Jidon dan Jasmine merakamkan gambar bersama pegawai UPEN dan delegasi UMS ( Sumber Foto: Ihsan UMS )

KOTA KINABALU, SABAH – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan perbincangan bersama bagi mewujudkan kolaborasi antara kedua-dua pihak ke arah usaha meningkatkan ekonomi negeri Sabah.

Delegasi UMS yang diketuai Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Prof Madya Dr Jidon A Janaun berkata, kedua-dua pihak membincangkan peluang kolaborasi yang boleh diwujudkan dalam menguatkan perancangan ekonomi Negeri Sabah.

“Antara yang dibincangkan adalah kerjasama dalam menganalisis data-data ekonomi untuk membuat unjuran ekonomi negeri Sabah khususnya.

“Pihak UPEN juga menyambut baik usaha UMS untuk menghasilkan produk-produk inovasi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat UPEN Sabah baru-baru ini.

Kunjungan delegasi UMS itu disambut oleh UPEN Sabah, Datuk Jasmine Teo bersama pegawai-pegawai UPEN.

Jidon turut merakamkan penghargaan kepada UPEN atas keterbukaan untuk mengadakan kerjasama dengan UMS.

“Sudah tentu kolaborasi UMS dan UPEN ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, serta mampu memberi impak positif kepada ekonomi negeri Sabah,” katanya.

Delegasi UMS yang turut serta dalam kunjungan tersebut wakil-wakil kakitangan pengurusan dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM), Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Pusat Pelaburan, Endowmen, dan Wakaf (CIEW), dan PPIP.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *