Lemas
Bomba memberi rawatan CPR kepada mangsa ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

LAHAD DATU, SABAH – Seorang remaja berusia 14 tahun lemas di sungai Kampung Sepagaya Batu 5 sini semasa melakukan aktiviti mandi-manda bersama rakan pada petang Jumaat.

Mayat Muhamad Zulaimie Muhamad Chumaidih dijumpai oleh orang awam sebelum jentera Bomba tiba dalam insiden pukul 3 itu.

“Tindakan pasukan bomba telah memberikan rawatan CPR kepada mangsa di lokasi kejadian,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Jarak Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu ke lokasi berhampiran kilang kopi menuju ke Jambatan Merah kira-kira 9KM.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” tambahnya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *