Lemas
Pasukan Bomba dan Maritim Malaysia memulakan pencarian ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SEMPORNA, SABAH – Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun mati lemas manakala seorang lagi masih hilang apabila perahu dinaiki empat lelaki karam di perairan Pulau Nusa Tenga sini kelmarin.

Nasirin Katibin ditemui meninggal dunia dalam kejadian kira-kira satu petang itu manakala usaha mencari dan menyelamat Padli Ambit yang juga berusia 7 tahun masih diteruskan.

Pasukan SAR terdiri daripada pihak Bomba bersama bantuan pihak Polis, Taman-Taman Sabah dan Maritim Malaysia.

Sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata Ampit Gopek, 25, dan Katibin Husni, 28, selamat.

“Pasukan bomba bersama agensi penyelamat lain menjalankan operasi pencarian seluas 3.225 batu nautika dari lokasi bot dilaporkan karam.

“Operasi ditanggguhkan pada jam 11.50 malam dan disambung pada pukul 7 pagi hari ini,” kata seorang jurucakap.

Ketua Balai Air Semporna PBT II Noorjali Maslah berkata kesemua mangsa berbangsa Bajau Laut yang beralamat di Kampung Halo.

Katanya kelajuan angin pada hari tersebut mencecah 40 km/j dengan ketinggian ombak 2.5 m.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *