Jauteh
Jauteh merasmikan Pondok Polis Warisan Square

KOTA KINABALU, SABAH – Pondok polis Warisan Square kini akan mula beroperasi 24 jam dengan dua anggota bertugas pada setiap masa.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun pada majlis pelancaran pagi tadi berkata ianya bagi meningkatkan kehadiran polis sejajar dengan kemasukan pelancong ke Sabah.

“Sabah dan Kota Kinabalu khususnya selamat walaupun bandar menjadi agak sibuk pada waktu malam.

“Tetapi lebih baik kita semua sebagai satu komuniti bekerjasama untuk mengekalkan keselamatan itu.

“Pondok ini akan memastikan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sepenuhnya kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya, penugasan melibatkan pelbagai unit PDRM.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan orang awam untuk bermesra dengan pegawai dan anggota yang betugas.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *