Kelindan
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

BELURAN, SABAH – Seorang pemandu dan kelindan maut dalam lori 12 tan yang terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Bukit Ular, Jalan Paitan – Beluran sini semalam.

Kedua-dua mangsa lelaki kejadian kira-kira 10 pagi itu berusia 44 tahun (pemandu) dan 25 (kelindan).

Klip saat kemalangan itu juga telah tular pada laman media sosial yang dirakam oleh seorang lagi pemandu yang mengekori lori berkenaan yang kelihatan mula hilang kawalan.

Pasukan bomba yang berada dilokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa-mangsa tersepit yang kemudian disahkan meninggal dunia dilokasi oleh Pegawai Perubatan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan baja itu bergerak dari arah Lahad Datu menuju ke Paitan.

“Siasatan awal mendapati lori berkenaan terbabas dan masuk ke gaung dipercayai akibat mengalami masalah teknikal iaitu brek gagal berfungsi.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *