Stpm
Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Mohd Zaini Yanin sekitar  Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 75 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 di Sabah memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0, berbanding 60 calon pada tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Mohd Zaini Yanin berkata  bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2022 adalah sebanyak 7,618 calon.

Katanya, terdapat peningkatan direkodkan iaitu sebanyak 79 calon daripada 7,539 calon yang mendaftar pada tahun sebelumnya.

“Sukacita dimaklumkan bahawa PNGK STPM 2022 bagi negeri Sabah ialah 2.72, meningkat sebanyak 0.01 mata berbanding tahun 2021 iaitu 2.71.

“Walau bagaimanapun, pencapaian calon STPM 2022 secara keseluruhannya dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2021 kerana perbezaan yang sangat kecil iaitu hanya sebanyak 0.01 mata.

“Perbezaan ini tidak mengganbarkan signifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2022 berbanding dengan calon STPM 2021,” katanya 

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Pengarah JPNS, Raisin Saidin dalam Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bertempat di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Disamping itu, beliau turut berkata jumlah calon lulus penuh mengalami peningkatan sebanyak 0.26 peratus iaitu seramai 6,921 (98.86 peratus) daripada 7,001 calon yang menduduki pada tahun 2022 berbanding seramai 7,109 (98.60 peratus) pada tahun 2021.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *