Bung Moktar
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar…

KUALA LUMPUR – Kes rasuah membabitkan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Ab. Samad ditangguhkan selama sembilan hari oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Bung dan Zizie tidak tidak perlu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah yang dijadualkan bermula sepanjang minggu pada 20 Julai.

Hakim Rozina Ayob menetapkan kes rasuah Bung Moktar dan isteri disebut pada 13 September ini setelah dimaklumkan perkembangan status permohonan semakan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Rayuan pada minggu lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Low Chin How memberitahu Mahkamah Rayuan memerintahkan permohonan semakan pasangan suami isteri itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkan meritnya didengar dan diputuskan.

Menurut beliau, semakan itu sebelum ini ditolak oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid tanpa mendengar meritnya selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.

Ketika di Mahkamah Rayuan, Bung Moktar dan isterinya merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Disember 2022 yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas pertuduhan itu.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *