KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Duta Besar Romania ke Malaysia, Nineta Barbulesco di Istana Seri Kinabalu, pada Jumaat.
Nineta ketika ditemui media memaklumkan tujuan kunjungan adalah bagi melihat potensi bilateral dalam pelbagai bidang seperti pelancongan dan pengajian akademik bagi kedua-dua buah negara.
Turut hadir, Penasihatnya, Dancristian Barbulescu dan Konsul Kehormat Romania di Sabah, Datuk Clarence Bongkos Malakun. — JABATAN PENERANGAN SABAH