Hajiji
Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)
menyerahkan geran tanah kepada wakil penduduk kampung pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau/Lamag di Dataran Pekan Sukau, Kinabatangan ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

SUKAU, SABAH – Kerajaan negeri menerusi Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menyerahkan
sebanyak 344 Geran Tanah Anak Negeri kepada penduduk tempatan dari 34 kampung
di kawasan Sukau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran tanah itu melibatkan jumlah keluasan sebanyak 722.5 hektar (1,785.4 ekar) pada Majlis Himpunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sukau – Lamag di Dataran Pekan Sukau, Kinabatangan pada Sabtu.

Antara kampung-kampung terlibat ialah Kampung Sukau sebanyak 26 geran tanah, Kampung Sg Teneggang- (49 geran tanah), Kampung Bukit Garam (24 geran tanah), Kampung Sg Takala (22 geran tanah), Kampung Usaha Jaya (51 geran tanah) dan Kampung Sinar Jaya (30 geran tanah).

Daripada 344 geran tanah itu, sebanyak 141 adalah geran tanah hasil daripada Program
Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan 203 geran dari proses
permohonan tanah biasa.

Sementara itu, Hajiji turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Litang, Sukau seluas 82.3 hektar (203.4 ekar) daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew kepada Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Manap Abd Ruhim.

Bercakap kepada pemberita, Hajiji berkata kira-kira 8000 geran tanah telah tersedia dan penyerahannya kepada rakyat akan dilakukan oleh beliau semasa lawatan ke daerah-daerah dan oleh wakil-wakil kerajaan.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *