Konsert
Dua band lagenda rock, Search dan Barbarik

KUALA LUMPUR – Dua band lagenda rock, Search dan Barbarik bakal menggegarkan Stadium Malawati Shah Alam menerusi Konsert Double Trouble 2 Alpha Nation pada 5 Ogos akan datang ini.

Memetik sumber Suara TV, harapan pihak penganjur agar dapat mengumpulkan seramai 10,000 orang penonton menyaksikan konsert yang bakal menjadi sejarah dalam arena muzik tanah air itu nanti.

Kolaborasi dua band rock lagenda terbabit membuktikan genre rock tetap relevan di arena muzik tanah air.

Pada tahun lalu, arena muzik rock tanah air digegarkan dengan dha buah konsert yang mendapat sambutan luarbiasa sehingga menimbulkan fenomena iaitu Konsert ‘Search Rockin’ On Rooftop’ di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur pada 11 Jun dan Konsert ‘Barbarik Pentas Keras’ di Zepp, Kuala Lumpur pada 24 Disember.

Orang ramai menyifatkan dua konsert tersebut dalah konsert rock terbaik sepanjang tahun 2022.

Susulan dari fenomena itu, perancangan telah diusahakan untuk merealisasikan bagi menggabungkan band tersebut di atas satu pentas bagi memenuhi kalendar konsert rock 2023.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *