Abdul ghafur
Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh ( Sumber Foto: Gambar tular di media sosial )

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh disahkan meninggal dunia pada jam 12.07, malam tadi.

Beliau yang juga bekas Ketua UMNO Kalabakan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Sabah News difahamkan urusan pengebumian allahyarham akan diuruskan hari ini dimana urusan memandikan jenazah dan solat jenazah akan dilakukan di kediamannya, pagi ini.

Kemudian, dijadualkan solat jenazah kali kedua akan dilaksanakan di Masjid Jamek Kampung Likas sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas pada jam 10 pagi ini.

Allahyarham sebelum ini memenangi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 atas tiket parti Barisan Nasional (BN) pada tahun 2013.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *