Hajiji
Hajiji (tiga dari kanan) bersama jemaah melaungkan takbir raya ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

TUARAN, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Aidiladha bersama seribu jemaah di Masjid Haji Noor, Kampung Serusup, pagi tadi.

Beliau yang tiba sekitar jam 7.30 pagi disambut oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais bersama para ahli jawatankuasa masjid.

Hajiji turut melaungkan takbir hari raya bersama jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang dipimpin oleh Imam Masjid, Muhammad Aslam Jubair Jifrih disusuli khutbah yang bertajuk Aidiladha, Hayati Dan Syukuri disampaikan oleh Ketua Imam Masjid Haji Noor, Abdul Basit Salleh.

Seusai solat pada jam 8.30 pagi, Hajiji bekesempatan bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum bertolak ke majlis perasmian Dewan Baru Surau Al Jannah di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *