Hajiji
Hajiji meninjau lembu-lembu korban yang akan diagih-agihkan kepada penerima di perkarangan Masjid At-Taubah, Kampung Lok Batik, Tuaran ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

TUARAN, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan sebanyak 147 ekor lembu korban kepada masjid, surau, jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menyerahkan lembu-
lembu korban itu di perkarangan Masjid At-Taubah, Kampung Lok Batik, hari ini.

Sebanyak 34 buah masjid, 27 buah surau daerah Tuaran dan Tamparuli menerima
agihan sumbangan tersebut.

Turut menerima sumbangan ialah 12 buah agensi kerajaan serta 14 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) daerah Tuaran dan Tamparuli.

Antara penerima sumbangan ialah Markas Angkatan Tentera Darat Kem Lok Kawi,
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (Depot Tahanan Imigresen Papar), Jabatan
Pengangkutan Jalan Sabah (JPJ), Jabatan Penjara Malaysia, Pusat Latihan RELA
Negeri, Kampus INTAN Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (Akademi), Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ibu Pejabat Polis
Daerah Tuaran dan lain-lain.

Hajiji berkata, ibadah korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam.

“Ini merupakan satu ibadah yang boleh kita lakukan setiap tahun. Dengan sumbangan
daging korban diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan, maka akan lebih meriah lagi sambutan Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Haji
Daya, Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), Mejar Jeneral Datuk Abdul
Rahman A Wahab, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Pegawai Daerah Tuaran,
Mohd Hazlan Jamlee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *